Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 18

Book Fest sempena Anniversary ke 100 tahun | Popular

Dania ni sangat pantang kalau dengar pameran buku ni mesti ajak ummi dan ayah. Dania dah bagitau masa kami bertolak balik Ipoh lagi. Haha.....

Kami pergi ni hari sabtu. Jalan ke KLCC Convention Center tengok la.....betapa lancarnya....


Haaa ni lagi.....nampak sangat warga kota masih beraya lagi. 


Waze suruh masuk Smart Tunnel ni. 


Kat sini ramai orang. 


Ni saya tak faham....dah dikenakan bayaran seorang RM2.50 tu. 


Ni kalau ralit sikit hilang la Dania....sibuk membelek buku novel. 



Dania dah jumpa dah buku yang Dania nak beli....semua novel ni tebal. 


Buku dari siri ni yang Dania kata best. Kalau tengok tajuk macam seram juga....


Kami datang 13 April 2024 jadi adalah penjimatan 40% ni. Dulu masa kecik Dania suka sangat baca siri Ana Muslim tu. Punya banyak saya belikan buku untuk Dania. Dah besar ni Dania suka baca  yang Bahasa Inggeris pulak. Takpelah berkawan dengan buku banyak manfaatnya. 


Buku Daiyan Trisya pun ada. Senior Dania kat SMK Jalan Empat. Cikgu-cikgu kata Daiyan Trisya ni pandai. 


Ummi ikut je Dania. Sesekali terhilang dari pandangan mata jugak sebab Dania dok mencari-cari novel tu. 



Buku2 ni murah. Dania kata sebab tak famous. 


Baca sinopsis dulu.....


Akhirnya 4 novel ni jadi pilihan. Total semua RM164.20. Ok lah berbaloi sebab kalau tidak tak dapat harga ni sebab buku import ni memang mahal sebuah ni. Ada 2 buku penjimatan 25% dan 2 buku lagi penjimatan 40%. Alahai Dania citer kucing pun masuk sekali ni....😅.


Anak-anak you alls suka buku jugak ke?.....Dania ni novel la yang paling disukai....ada anak-anak sibuk cari buku belajar......agaknya saya dah train dari kecik Dania ni....sampai besar pantang nampak kedai buku atau pameran buku....takpe...biarlah berkawan dengan buku......

Lepas ni kami nak ke KLCC pulak. Alang-alang dah sampai KLCC Convention Center ni tapi kami naik kereta nak parking kat sebelah KLCC. Kalau nak jalan dari sini pun boleh tapi jauh sikit la. 





XOXO,
Ezna

Wednesday, April 17

Beraya di Menara Condong Teluk Intan

Dari Kellie's Castle, hubby punya idea pula kami ke Teluk Intan sebab nak pergi ke Menara Condong. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih jugak la nak sampai sini. Kami sampai pun dalam jam 5 lebih. 


Ramai juga la kat Menara Condong ni tak lepaskan peluang ambil gambar. 


Nama pun Menara Condong. Memang ada senget juga la bangunan ni. 


Sejarah Menara Condong. Mulanya dibina memang elok je menara ni tapi disebabkan pada suatu ketika ada banjir besar berlaku kat sini...menara ni jadi senget. Pada asalnya ia dijadikan tangki air untuk penduduk setempat. Arkitek mendapat idea dari rekabentuk pagoda di negara China.  


Close up lagi. 


Dania as usual menyuap kucing treats sementara menunggu makanan kami tiba di meja. Kami berehat dulu makan malam di food court berdekatan dengan Menara Condong ni. 


Makanan kami dah tiba. Nasi goreng ayam pilihan hubby. Lain-lain sama je lauk macam kami cuma nasinya je digoreng. 


Dania dan saya nasi ayam. Sempat tanya adik kat meja sebelah sedap ke nasi ayam sebab tengok dia kusyuk makan nasi ayam. Ya memang sedap la pada tekak saya. 

Makan kat sini sebab hubby takut kat R&R PLUS tu ramai orang pulak. Makan siap-siap senang. 


Tak lupa juga ABC share 3 beranak. 


Masa nak balik ni dalam jam 6 lebih jadi menara condong dipasang dengan lampu berjurai ni. 


Close up sikit. Cantik pula menara condong ni waktu dipasang lampu. 


Jumpa lagi Menara Condong......masih ada lagi yang mengambil gambar kat sini. 


Lepas ni terus la kami bertolak balik.....mula2 lalu jalan dalam. Felda mana entah ikut waze ni....seram juga dah la 1 lane je lepas tu dalam ladang kelapa sawit yang takde rumah orang dan kereta tak banyak. Saya suruh masuk highway je. Pepehal kan susah.....nak toilet stop pun macam mana kan?. 





XOXO,
Ezna

Tuesday, April 16

Beraya di Kellie's Castle......

Selepas dari rumah Makcik Ani, kami menuju ke sini. Tak jauh mana pun....cuaca panas sangat ni dalam jam 2 petang. Nasib baik la bawa sekali topi pantai ni. 

Nak masuk sini kena bayar RM5/dewasa dan parking RM2. Tak faham kenapa ada yang sanggup parking kat luar dan jalan jauh-jauh nak masuk sini. Nampak bawa juga anak-anak kecik dan orang tua...


Tengok la. Mata pun tak boleh nak bukak dah. 


Sejarah Kellie's Castle. 


Ni tempat penggambaran filem Munafik 2 tu kan?. 


Batu-bata ni memang cantik. 


Gambar berdua pulak la. 


Ada la sejarah Kellie's Castle ni. Saya ambik la gambar. 


Ni susunan perabot seperti rumah William Kellie Smith di Scotland. 


Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. 


Saya suka gambar Dania yang ni. Saya la yang tukang ambik. 


William Kellie Smith ni warga Scotland. Kiranya penjajah juga la zaman tu. 


Dania dan ayahnya naik sampai atas sampai saya kata takpe la saya tunggu bawah. Banyak dengar cerita pasal Kellie's Castle ni kan....


Kalau tengok bangunan tu...ya tengah tu orang betul bukan yang lagi satu. Kebetulan bajunya warna putih pulak. Kalau malam-malam mungkin yang lagi satu tu...👻


Sebelum naik ke bahagian bumbung, hubby dan Dania ke bahagian bawah ni tempat penyimpanan arak zaman dulu. Ni pun saya tak ikut. 


Tangga Spiral. 


Saya tunggu kat bawah lepas hubby cakap nak naik atas dengan Dania. 


Tiba atas dah kome....


Kat sini pula. Hubby dan Dania cover bumbung kanan, kiri dan tengah. 


Kat sini pulak. 


Ramai pula yang berpakaian baju raya bergambar satu family kat sini. Bangsa lain pun tak melepaskan peluang melawat Kellie's Castle sempena cuti umum. 





XOXO,
Ezna




 

Monday, April 15

Hari Raya Kedua kami | 2024

Ni bergambar setelah selesai check out. Minta adik kat counter tolong ambikkan gambar. Barulah ada gambar raya masa hari kedua. 


Inilah rumah yang kami pergi ni. Ni rumah sepupu papa saya. Ini lagi satu rumah yang selalu pergi bila hari raya masa papa dan mama ada dulu. Kami selalunya akan makan tengahari di sini. 

Kebetulan masa kami datang tu ada sekumpulan keluarga belah makcik saya ni. 


Sementara itu kami bertiga tunggu di ruangan sini. Bagi peluang tetamu yang datang awal makan dulu. 


Kami dijamu laksa. Ya allah sedapnya....saya suka laksa....


Banyak yang Makcik Ani cerita kepada saya.....
Dulu moyang saya bernama Sawiyah. Dikenali di kalangan orang kampung sini sebagai 'Soyah Kayo'. Memiliki emas termasuk tali pinggang (pending) yang di bahagian hadapannya diperbuat daripada emas. Juga ada emas yang dipakai di kedua lengan. Moyang lelaki pula dulunya bekerja mengukur jalan dan boleh berbahasa cina mahupun perancis. Ada beberapa bahasa lagi yang moyang lelaki saya tahu. Moyang saya ni datang dari Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu menaiki kapal. Mempunyai banyak tanah. Kalau nak jual tanah je moyang lelaki saya akan membelinya. Ada driver juga. Masa tu kalau ada driver memang orang akan kata kayalah. Tapi.....akhirnya tak tahu dibawa ke mana oleh komunis. Meninggalnya pun tak tahu.....hilang terus. Sampai macam tu ya pada zaman tu....ya lah zaman tu telefon pun mungkin tak ada lagi kan.....sebenarnya cerita ni tak diceritakan pun oleh papa saya....

Diceritakan oleh makcik saya ni melalui cerita dari suaminya arwah Pakcik Lan yang sangat baik dengan papa saya. Kiranya yang diceritakan ni pangkat atuk kepada Pakcik Lan la. Pakcik Lan dan papa sepupu. 

Makcik Ani cakap supaya kamu tahu susur galur kamu. Kalau makcik dah tak ada....siapa pulak yang nak bercerita.....simpan sini untuk kenangan saya. 


Ni lah rumah Makcik Ani saya. Kawasan punyalah luas. 


Sebelum balik, kita abadikan gambar ya....


Moga berjumpa lagi Makcik Ani....Insya-Allah. 


 Lepas ni kami ke satu tempat ni. Kebetulan dah dekat dah pun.....post selepas ni ya....😊





XOXO,
Ezna