Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, February 9

Pelangi selepas hujan


2 hari selepas mama pergi meninggalkan i dan adik2, i dikejutkan dengan lagi satu berita. I masih ingat lagi. Masa tu tengah tahlil mama kat rumah i. Kebetulan ada message masuk i dok baca message dari Suzz. Message berbunyi gini....

Ezz. u menang keta!

Tak tau nak rasa apa sebab i tengah blur. Takde perasaan pun until Mira call i happy2 cakap i menang kereta dari contest Gillette dan i menang kereta Mazda. Baru i rasa i kat dunia nyata. Lepas tu bersms - sms dengan Ayu pulak. I pulak memang pukul 2.30 petang tu dah tutup facebook. Frankly speaking memang i tak dapat call lagi dari pihak Gillette. Mereka dah announce terus kat facebook. Gamaknya kena push dek mereka yang nak suruh announce cepat2. 

I masuk contest ni pun sebab i nak cuba dapatkan Motor Kawasaki ER-6 untuk hubby since hubby nak upgrade motor Modenas kepada motor lebih cc sebab my hubby memang minat motor. Kalau tak payah bayar lagi menarik kan?....Hehehe. Maknanya kereta ni out of my list lah....

Kena buat slogan di dalam Bahasa Malaysia tak melebihi 20 patah perkataan. Apakah maksud prestasi pada anda? ...............................

    Announcement di facebook Gillette Malaysia : I dapat Hadiah Ekslusif Giant berupa 
Mazda 3 2.0L Sedan bernilai RM123,000 sebab i beli dari Giant

Memang sebelum ni i ada juga mengharapkan dari contest2 yang i masuk seperti Mamil Gold, Dutch Lady, I Love Stabilo, Canon Calculator tapi hampa dan frust sangat. Takde satu pun yang I sangkut. Ada diantara contest ni yang i dah pasang niat untuk happykan mama i kalau i menang. Niat tu pun dah berkubur begitu saje sebab mama i pun dah pergi meninggalkan i.....sebak masih terasa sehingga kini :-( :-( :-( .

Masa Suzz cakap i menang kereta tu, i confuse which car yang menang? Since i ada masuk 2 contest yang menawarkan hadiah kereta. Contest lagi satu Visa Debit under Giant yang menawarkan kereta Suzuki Swift. Contest Visa Debit ni pun tak sangkut jugak. 
 
Allah tak beri apa yang i minta tetapi Allah beri apa yang i perlukan. Kalaulah I menang Kawasaki ER-6 tu, Mr hubby baru je beli motor seperti entry sebelum ni. Kalau tengok kat wall facebook I, ramai yang mengucapkan takziah dan tahniah. Maybe kalau yang baru baca wall i tu confuse. Ye lah, news tu gap 2 hari je. Mama pergi 4 Feb 2012, announcement Gillette pada 6 Feb 2012. Manalah i tak terkejutnya.......??? Tetapi.....semua ni Allah dah aturkan cantik2. Terima kasih Allah kerana telah menghadiahkan pelangi selepas hujan. Alhamdulilah. Mungkin doa mama juga sebab i dah gembirakan hati mama masa cuti2 12 hari sebelum pemergiannya. Bahagiakan ibu you alls sebab doa ibu sangat mustajab.

 Mazda tu exactly warna ni dalam contest form. Diambil dari post yang Lely Nazri create di wall i


Terima kasih di atas ucapan takziah dan tahniah you alls........terima kasih banyak2 di atas sokongan you alls.....



*****i sangat confuse sebab ada seorang ni dok tanya tanya tips nak menang kereta. The thing is...lelaki tu. Kalau perempuan i tak kisah sangat. Dia komen kat photo lama i. Kat wall Gillette Malaysia pun dia ada komen. Scary jugak kan.....berhati-hati di jalanraya....     

****buku yang i tulis slogan tu hilang tah kemana.....huhuhu.....






18 comments:

  1. Rezeki Ena.. Allah aturkan cantik sekali...

    Al-Fatihah untuk Mama Ena. Percayalah.. dia happy di sana. Hidup kita yang sebenar ialah di sana nanti. Di dunia ialah sementara. Allah bagi kegembiraan pada Ena untuk memenangai kereta untuk mengubati kesedihan Ena. Sbb Allah tak kasi ENa sedih2... DIA sayang Ena... Take care.

    Hon tau nanti keter baru kat AVILLA. :)

    ReplyDelete
  2. ezz....cuns beb kete tu...Ezz i rasa u dah macam celebrity dah...n i lupa nak citer u...ada owang approach i kat FB dan tanya psl u lak...lps tu nak tanya camne nak kawan ngan u...mslhya i pun tak kenal saper die tu hoho...anyway, dah glmaer u kena careful :) :)

    ReplyDelete
  3. me percaya berkat doa ur mom...dia nak tgk u happy even lps dia dh tak ada...me tumpang happy my dear fren :)

    be careful with any stranger ezz...dunia hari ini kan...

    ReplyDelete
  4. @iamja Ja.....lama tak dengar cite Ja :-) Ena datang Avilla tu tiap bulan nak bayar maintenance....Avilla di hatiku....

    yg nyata, kereta boleh dibeli, mama tiada ganti :-( Rindu arwah mama.....

    ReplyDelete
  5. @AyuArjuna BiGoshh Whattttt???? aisehhh....scary la ayu...seram i....kalau tetiba nak kawan ngan i sebab i menang kete there must sebab sebab lain....n.....tak ikhlas sebab nak something in return.

    ReplyDelete
  6. @Mama Zharfan Yes suzz, i akan ingat tu. Takkan tetiba nak jadi kawan i....scary....

    ReplyDelete
  7. langit tak selalu cerah . aturan alam. anyway congrats!

    ReplyDelete
  8. Tahniah Sis,
    Dalam Berduka ada berita gembira..

    Hadiahnye mmg gempak & besh sgt..:))

    ReplyDelete
  9. tahniah sekali lagi kak ezna...
    betul2 betul...kadang2 kalau kita menang hadiah yang grand2...tiba2 ada jer ramai friendlist yang cuba nak add kita...ntah sapa2 pun tak kenal..mostly cina2 pun banyak..huhu..takut...kadang2 ada yang kata kita cuba nak menunjuk2..apa kes nak menunjuk2 kan..sebab kalau kita tak cakap pun penaja contest confirm sah2 akan war war kan dalam website atau FB masing2...weeee...cakap dari pengalaman sendiri...hati2 di jalanraya...hehe

    ReplyDelete
  10. tahniah dgn kemenangan tersebut..alhamdulillah rezeki atas usaha & salam takziah juga dgn pemergian mama tersayang...

    ReplyDelete
  11. yo ho ho, baik2 ezna, orang sekarang ni macam-macam intention mereka.. ape pun i sangat happy untuk u..

    ReplyDelete
  12. Tahniah Kek Ezna. Dan takziah atas permergia mama. Al fatihah.

    ReplyDelete
  13. tahniah kak... mmg rezeki betul la dpt kete free. rajin kak ezzna masuk contest kan. sue kalo nk masuk contest suke jugak tp malas nk pikir2 slogan. hehehehhe... tahniah kak

    ReplyDelete
  14. takziah atas kehilangan. moga tabah. tahniah menang kereta :) salam kenal.

    ReplyDelete