Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, December 2

Bukittinggi, Indonesia Day 2

Hari keduanya we alls sepatutnya ke Danau Maninjau tetapi disebabkan cloudy, change route ke Istana Pagaruyung. Kalau you alls masih ingat kita ada belajar tentang kesultanan di Pagar Ruyung dalam sejarah. Masa we alls tengah breakfast, i masa tu kat station telur nak order scramble egg, datang pulak seorang yang segak tinggi ni. I biasa la kan, mesti tegur kalau i nak tegur. I cakap dari Malaysia ye. Bila dia cakap ye je i terus tanya rasa macam kenal sangat. Ini Datuk Musa Hassan ye?. Bila dia kata ye saya. I terus panggil hubby dan cakap Datuk Musa bang.....so called Datuk Musa ni pun terus tengok hubby. Masa Tan Sri ni nak pergi ke tempat dia, dia salam ngan hubby. Down to earth Tan Sri Musa Hassan ni. Tapi, kalau tegur masa pakai uniform mungkin lain caranya ye tak. Bekas Ketua Polis Negara ni sangat tegap jugak dan tinggi. Rasanya orang Malaysia lain tak tegur. I sorang je. Kot tak cam tak tau la sebab pakai baju biasa je. Hubby cakap i ni semua i tegur. I kata kalau tak tegur Tan Sri ni sure dia tak salam abang. Ye tak?...

Hubby and Tan Sri Musa Hassan. I kata nak masuk blog, dia tanya blog apa? i kata blog keluarga je.....bukan blog politik.

On the way ke Kiniko, jalannya sangat la kecil. Bayangkan you alls. 1 lane kita kat Malaysia tu share 2 way traffic. Bayangkanlah kalau ada bas. Kita terpaksa pandai adjust. Sampai i terjerit la keciknya jalan. Macam risau risau gak sebab kita jalan naik bukit turun bukit.

First stop di Kiniko. Ini tempat Industri Kecil kat kampung ni. Ada jual kerepek2, kopi. Kopi kita boleh ambil minum free je. Yang lain kalau nak beli kerepek....silakan. Me sempat beli pisang sale (salai) dan kerepek pisang je. Itupun berapa bungkus je. Cuma nak merasa je. 

Tempat pembuatan kopi Kiniko 

I minum kopi Kiniko guna tempurung kelapa. Unik kan? Sebab i suka mencuba benda yang baru. Hubby kata tempurung kelapa tu orang buat main masak2 je masa dia kecik. Hehehe.....

Kemudian we alls bertolak ke Istana Pagaruyung. Satu jalan je dengan Kiniko. Mas tu kata perjalanan we alls di kaki gunung berapi Talang. Unik dan dalam pada masa yang sama takut2. Aktif lagi Gunungnya.

Istana Pagaruyung yang sedang dibuat renovation di dalamnya...

Istana Pagaruyung dari arah luar

Dah snap sana sini, we alls bertolak ke Danau Singkarak pulak sebab nak beli ikan bilih pesanan kawan hubby i. Disebabkan kiriman itu la we alls tahu yang ikan tu terdapat di Danau ni je. Ikan tasik ni. Tu pasal harganya mahal sikit. I ambik yang kualiti baik sikit sebab dah digoreng. Cuma perlu gorengkan kejap masa nak makan nanti.

Me kat depan gerai jual ikan bilih

Danau Singkarak ni tempat nelayan tangkap ikan bilih.


Permandangan sepanjang kampung ini. Di kejauhan Danau Singkarak.

Antara masjid tertua di Daerah ini

Dalam perjalanan balik ke Bukittinggi, singgah di Pusat Informasi Masyarakat Minangkabau. Macam Muzium jugak la ni. We alls try pakai baju Minangkabau. RM12 / seorang. Boleh guna duit kita je. Berpeluh i pakai sebab berlapis bajunya. Pakai yang kat kepala tu agak rasa pening sikit sebab mencengkam kepala. Kalau yang cucuk kat rambut tu lagi berat katanya.

Di hadapan Pusat Informasi

Bersanding kali kedua di pelamin orang minangkabau

Dania pun pakai baju ni. Nasib dia nak pakai. Ada macam anak orang Minagkabau tak???

Tiba area hotel kami dalam jam 3.00pm, kami dah penat sangat jadinya rehat dulu di bilik hotel sebelum jalan jalan di pekan Bukittinggi. Kali ni jalan kaki je. Tak guna khidmat tourist guide.

Jam Gadang. Jam trademark di Bukittinggi

Latar belakang Gunung Singgalang. Cantik sangat sebab dilitupi awan. Memang dekat sangat. Gunung ni bukan Gunung berapi.

Kami naik Bendi iaitu nama kenderaan kuda ni. Rp40,000 pusing kota dan terus hantar ke Hotel Kharisma. Background kat belakang tu Gunung berapi Merapi

Balik bilik hotel, lepas siap mandi dan solat. Kami semua keluar makan pada jam 6pm. Hidangan dah tentu nasi padang. Kami makan 2-3 lauk je bukannya semua lauk. Dania sepanjang kat sini suka makan Ayam Pop. Lepas tu jalan2 kejap kat sini kemudian rehat lagi kat bilik. Dalam pukul 9pm, hubby ajak2 minum minum teh tarik. Hehehe....Nak juga merasa supper kat sini sebab esoknya dah nak tidur di hotel Padang.

Supper di Dja Djan (Jajan kot)
Me order Cappucino, Dania Banana Split Ice Cream dan hubby Banana Crispy dan Kopi O.


****sepanjang kat sini makan malam awal selalunya jam 6pm.

5 comments:

  1. ah rindu bukit tinggi lak tengok gambarni.. kat sini sejukjerkan... istana tu renovation yerk... kalau gi sini orang kata telekung di murahkan... ada satu kedai makan kat sini sedapnyer isyh betoi2 dah teringat2 kat bukit tinggi dah ni...

    ReplyDelete
  2. Warghhh!! Dapat bergambor dgn Mantan KPN.. My ex-big boss.. Segak lg beliau.. ;)

    ReplyDelete
  3. terserlah ke-friendly- an you, semua u tegur hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnya hubby akak pakai..
    hubby uyun tak nak..
    jadi kami bergambar dengn adik beradik perempuan jer..
    masa kami pergi tahun lepas, jam tue tgh renovate..

    ReplyDelete
  5. bestnyaaaaaaaaaaaaaaa ezz...suke baca citer percutian u :)

    ReplyDelete